Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Ada apa dengan ank perempuan??? Mst korg pelik kn ngan tajuk kali ni..hahaha..
pelik tapi
benar!!!! tp takyah nk pelik sgt la kn..dyeorg pn mcm laki ad mata,hidung,mulut,tangan,kaki & sebagainya..cuma mereka ad kelebihan yg tertentu yg laki takde..hehe..yela..setiap yg Allah S.W.T ciptakn mst ada kelebihan yg tertentu..=)
So teruskan membaca kalau nk tau apa yg istimewa sgt dengan ank perempuan ni......jeng..jeng..jeng..
Emmm...(^_^)
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki
tiga anak perempuan, lalu dia
bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan
kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan
memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk
dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda, “Juga untuk
dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata, “atau untuk
seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk
seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud
, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya,
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Sesungguhnya
perempuan atau
wanita adalah makhluk Allah yang amat
istimewa. Kemuliaan dan
keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka
layak memasuki syurga atau
terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.
Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,
“Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa
berpegang teguh dengan agama dan
mematuhi perintah Allah SWT.
Pernahkah anda mendengar, kata orang tua?? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.
Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.
Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan
memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan
selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.
Nah! Masih tidak berbangga memiliki
anak-anak perempuan??
Renung-renungkan!
Just wonder---------->>>>>>Kalau ada rezeki nanti nak anak perempuan ramai-ramai la..hehehehehe..=)