Followers

Sunday 18 December 2011

Pesanan Buat Diri..

Terima kasih sahabat atas nasihatmu


Peliharalah diri dan hatimu,
Buat 'ajnabi yang halal' untukmu,
Jagalah mahar cintamu agar,
Tidak tercemar dek tafsiran hati yang masih sangsi,
Hamparkanlah rasamu hanya untuk 'Dia' yg selayaknya...




Jadi Soleh bukan cari solehah!!!!!


Firman Allah;
Wanita-wanita yang TIDAK BAIK adalah untuk laki-laki yang TIDAK BAIK, dan laki-laki yang TIDAK BAIK adalah buat wanita-wanita yang TIDAK BAIK (pula), dan wanita-wanita yang BAIK adalah untuk laki-laki yang BAIK dan laki-laki yang BAIK adalah untuk wanita-wanita yang BAIK (pula)...(QS. 24:26)


"Cinta yang dicari adalah baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik". Ingatlah bahawa, "kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya".( Hamka)

Oleh itu, jadilah seorang yang SOLEH dahulu baru cari yang SOLEHAH ya!
Kalau da suka, jangan lupa beritahu!


Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya."(Hadis sahih Abu Daud, Kitab: Adab IV/332, No. 5124)

Posted Image





Nukilan hati Hamba buat 'sidia'
Ya Allah, engKau perkuatkanlah mujahadahku melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan...
Ya Allah, engKau kurniaknlah aku isteri yg sggup membantuku dlm perjuangan menegakkn AGAMA Mu Ya Allah...

Ya Allah, engKau titipkanlah kasih sayang di antara kami berdua dengan keredhaan Mu...
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah kerana Mu...
Maka, engKau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan CINTAMU...
Jauhilah kami dari pelbagai jenis zina mahupun maksiat yang akan mengundang kemurkaanMu semasa dalam perhubungan ini...


Allah, aku berpegang pada firman Mu melalui lidah kekasih Mu Muhammad saw:

..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dari sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw;
"Seorang wanita itu dikahwini kerana 4 hal; 1-hartanya, 2-nasab keturunannya, 3-kecantikannya atau kerana 4-agamanya. carilah wanita yang beragama, nescaya kamu akan bahagia."( Bukhari, Kitab: Nikah IX/35, No. 5090. Muslim, Kitab: Penyusuan II/2086. No. 1466)

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.