Warkah ini ku tujukan khusus buat zaujahku...
meski mata belum pernah bertemu..
meski bicaramu belum pernah didengari olehku..
meski belum dilafazkan akad saksi cintaku..

aku tidak pernah jemu untuk mendoakan kejayaanmu..
aku tidak pernah malas untuk memohon ampunan buatmu..
aku tidak pernah bosan untuk meminta padaNya agar kau sentiasa berada di atas landasan yang lurus...

percayalah duhai zaujahku....
Aku akan cuba untuk setia...
Walau terkadang sukar menjaga mata...
Pabila melihat wanita kini yang bagai sudah hilang agama....
Maruah tidak dijaga...
Sedaya upaya aku tundukkan pandangan...
Agar kau mengerti..
Betapa cinta yang hadir untukmu terlalu suci..
Kerana aku tidak mahu dikau kecewa...
Sekiranya kau tahu...
Aku pernah disapa cinta insan yang tidak layak bergelar zaujah buat diri ini..

zaujahku....
sudah lama aku menanti...
saat tangan berjabat dek wali...
menutur lafaz akad suci..
menjadikan kau sebagai penemanku dikala susah..
menjadikan kau sebagai pendampingku ketika resah..
menjadikan kau sebagai bidadariku...
bidadari yang sentiasa terpelihara maruah dan kehormatan..
bidadari yang setia disisi lelaki yang bergelar suami..
bidadari hati yang menceriakan hidup saban hari..

Sayangku..
maafkanku kerana aku tidak sempura..
hakikatnya,,
manusia tidak pernah sempurna...
maafkanku andai tidak terdapat ciri yang dikau idamkan padaku..
maafkanku andai tidak mampu menjadi suami yang dikau impikan..
andai dikau mengharapkan seorang putera agama...
alangkah tidak layak untukku menjadi suamimu..
andai kau inginkan seorang syabab yang terus menegakkan Islam dimuka bumi ini..
aku resah andai aku tidak mampu melakukannya untukmu...

Tetapi percayalah...
Hatiku hanya tertaut padamu atas dasar cinta kepada Maha Pencinta...
Sungguh...
Aku akan cuba menjadi yang terbaik buatmu...
Kerana aku suamimu..
Juga aku akan menjadi bapa kepada anak kita...
Dan kerana kau bidadariku...
Kau jua akan menjadi umi kepada permata hati kita..
Semoga kita mampu membina baitul muslim dalam kehidupan kita..
Dan mendapat zuriat keturunan yang soleh dan solehah..

Tulus dari hati yang merindui sang isteri...
--------bakal suami---------