Followers

Friday, 28 December 2012

Rindu sangat2..=''(

Assalamualaikum w.b.t..Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T krn masih diberi peluang utk menulis lagi..memang dah lame tak update blog ni..sampai dah berhabuk dah kot..kesian dy..hahahaha..emm tetibe je rse nk menulis pagi2 bute ni...hehehe..

Bukan nak tulis apa pn..sje je bosan2 kn..haha..

Emm wehh korg, sumpah aku rindu nak kua ngan korg..da lame kot kite tak kua sme2..last kalau tak silap mase kua kt Sarawak..sem lepas xde langsung pn kite kua sme even skali..aku rindu nak makan 1 talam ngan korg..aku rindu nak tido sme2 ngan korg..aku rindu nak jadi ta'am ngan korg..ak rindu nak dengar taklim ngan korg..ak rindu nk dengar bayan korg..aku rindu nak tahjud ngan korg..segale-galenye la aku rindu tau tak..=(

Mane korg yg ak kenal dulu haa..??? yg bawak ak kenal dengan usaha yg mulia ni..yg bagi ak semangat utk teruskn usaha ni..yg bnyk bagi dorongan kt aku..yg bnyk membantu aku..mane korg ni..??? aku perlukan korg..=(

Tolong la kembali wahai rakan seperjuanganku..aku rindu ngan korg..=''(

Sies ak rindu time ni..=""(



Sunday, 17 June 2012

Buat Rakan Seperjuanganku

Assalamualaikum w.b.t..

Post kali ni khas utk kawan ak yg bakal keluar 40 hari iaitu Hafizuddin Azeman pd esk hari lau x clap (18/6/2012) @ dgn kate lain jihad fisabilillah..Nak bakor ckit semangat dy..hehe..

Pertama skali bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dgn izinNya dpt hamba menulis post kli ini..Alhamdulillah..

Alhamdulillah dpt jgak tuan keluar walaupn bermacam-macam halangan yg datang..Tp atas berkat doa n semangat yg berkobar-kobar alhamdulillah Allah pilih jgak tuan..Emm bkn sng Allah nk pilih kte utk wt kje Agama Dia..Allah tilik dlu seseorg tu sbnyk 70 kli lau x clap (lau clap btolkn ak ye Hafizuddin) utk pilih seseorg hambaNya wt kje Agama ni..

Jd bnykkn bersyukur sbb Allah da pilih kte..Ni la tujuan hidup kte yg sebenar iaitu "Taat perintah Allah ikut cara kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W"..Tiada care lain da yg membawa kejayaan slain cara Nabi Muhammad S.A.W..Jgn lpe yg Allah S.W.T telah meletakkn kejayaan kte & semua manusia hanya dalam Agama Allah..

Jd kte perlu bersyukur lagi dan lagi kerana dpt wt keje yg mulia ni..Kaum terdahulu mne dpt wt keje dakwah..Hanya nabi-nabi je yg bleh wt keje dakwah ni..Tp Allah S.W.T nk muliakn umat Nabi Muhammad S.A.W dgn memberi kte keje nabi kte..Allah bg offer kt kte mcm yg tuan tuliskn dlm blog tuan tu..Kte sgt2 beruntung dpt menyambung keje nabi..Kalau bkn kte spe lg nk sambung keje nabi kte kn..Takkan nk tggu Mutusamy @ Ah Chai wt keje ni bru kte nk wt..Lau cmtu taktau la ble kn..Jdnye kte nilah penyambung keje dakwah Baginda..

Nabi-nabi dahulu sgt jeles terhadap kte kerana dpt wt keje nabi & atas ganjaran-ganjaran yg Allah bg kpd org yg sambung keje nabi ni..Hinggakn ad di kalangan mereka yg mintak dgn Allah utk jd umat Baginda Nabi Muhammad S.A.W..Bayangkn seorg nabi yg mmg da maksum & confirm msok syurga mintak ngan Allah nk jd umat Baginda Nabi Muhammad S.A.W..Lihatlah betapa mulianya kte ni umat akhir zaman smpai mcm tu skali nabi-nabi dahulu mintak ngan Allah..

Nabi Isa mintak ngan Allah nak jd umat nabi Muhammad S.A.W dan Allah kabulkn doa baginda yg mana kte sndri da tau 1 ari nnt nabi Isa akn trun utk jd umat nabi Muhammad S.A.W..Nabi Ibrahim jgak mintak nk jd umat nabi Muhammad S.A.W dan Allah tak kabulkn doa baginda tp Allah bg umat Akhir zaman mnyebut-nyebut nama nabi Ibrahim iaitu dlm bacaan solt smse tahiyat akhir..

Jd ak rse smpai cni dlu kot..Smoge Allah terima tuan dlm menjalankn tugas sbg seorang da'ie..Doakn sy dpt istiqamah & doakn jgak spya Allah kekalkn sy dlm usaha ni tuan..Sy tkot sgt2 Allah tak pilih sy da tuan..Jd tuan tlg doakn sy skali ye..Doa org yg kua di jalan Allah insyaAllah makbul..Last skali doakn ak bjye dlm pelajaran & cpat kawen..hehehehe..(bnyk plak doanye ye..hee sory)

Wassalam..

"Debu-debu yg melekat pada anggota badan org yg kua di jalan Allah, diharamkn api neraka hatta asapnya skalipn oleh Allah S.W.T"

"Seketika berada di jalan Allah S.W.T lebih baik dr beribadah dihadapan ka'abah pd mlm al-qadar"

"Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah lbih baik dr dunia dan isinya"

InsyaAllah Taala..Jazakallah..(^_^)


sumpah ak rindu time ni..='(

Friday, 15 June 2012

Long Time No See

Assalamualaikum..emm lmenye tak update blog..rindu plak rse..hehe..di pg jumaat yg mulia ni iaitu penghulu segale hari taknak cte bnyk2..juz nk ajk kwn2 amalkn sunnah pd hari jumaat..tak rugi pn..spe yg buat dy tak rugi malah beruntung lgi..n spe yg buat tu la yg rugi snanye..mari sme2 kte amalkn..insyaAllah..stiap sunnah ad kejayaan..(^_^)

1-Mandi & bersihkn dri bg yg ingin menunaikn solt jumaat (lelaki)

2-Potong kuku

3-Cabut bulu ketiak, gunting misai & cukur bulu ari-ari

4-Pakai wangi-wangian, minyak rambut

5-Pakai pakaian yg bersih & cantik (warna putih sgt digalakkn)

6-Bce surah al-Kahfi pd mlm jumaat & siangnye

7-Bnykkn selawat ke ats baginda Rasulullah S.A.W

8-Bnykkn berdoa kpd Allah

9-Bnykkn sedekah

10-Dtg awl ke masjid

11-Dirikn solat sunat Tahiyatul Masjid

12-Diam ketika khutbah

InsyaAllah..mari sme2 kte amalkn..=)



Sunday, 18 March 2012

Ada Apa Dengan Anak Perempuan????

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...

Ada apa dengan ank perempuan??? Mst korg pelik kn ngan tajuk kali ni..hahaha..pelik tapi benar!!!! tp  takyah nk pelik sgt la kn..dyeorg pn mcm laki ad mata,hidung,mulut,tangan,kaki & sebagainya..cuma mereka ad kelebihan yg tertentu yg laki takde..hehe..yela..setiap yg Allah S.W.T ciptakn mst ada kelebihan yg tertentu..=)
So teruskan membaca kalau nk tau apa yg istimewa sgt dengan ank perempuan ni......jeng..jeng..jeng..

Emmm...(^_^)

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab, “Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

Pernahkah anda mendengar, kata orang tua?? Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang?? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

Nah! Masih tidak berbangga memiliki anak-anak perempuan??

Renung-renungkan!


Just wonder---------->>>>>>Kalau ada rezeki  nanti nak anak perempuan ramai-ramai la..hehehehehe..=)









Saturday, 17 March 2012

Aku bukan aku yg dulu tp aku tetap aku.....

Hai semua..

Emm korg bce tajuk tu mst pening kn..haha..tp di sebalik ayt tu ad mksd yg tersirat..paham sendiri la ye..lau x paham boleh PM sy..haha.. :D

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana. Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.

Sebab itu jalan cerita kehidupan setiap manusia berbeza. Ada zaman silamnya dipenuhi dengan NODA dan DOSA. Ada pula yang dilimpahi 1001 kenangan manis terindah. Dan ada yang diselang-selikan dengan pelbagai ujian dan cabaran sehingga membuatkan jiwa seseorang insan itu begitu kental sekali menghadapinya.

Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh dengan tipu daya.

Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?

Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.
Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang. Biarkan hati sembuh dari luka lama dan bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.

"Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!"

Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal.


Aku bukan nak berubah tp aku memang kena berubah..aku xnk jd aku yg dlu..aku suke dgn diri aku yg skrg!!!

Dan aku bukan seperti masa silam aku!!! Aku adalah aku yang sekarang!!!


Jangan tggu 'seru' baru nk berubah..takot2 'seru'an Illahi smpai dlu..=)

I have to change and alhamdulillah I already made it..
If I can, why you all can't????
Take the opportunities that ALLAH give to us..=)

Friday, 16 March 2012

Pejam celik..pejam celik..

Assalamualaikum sahabat2..


Ya Allah!!! pejam celik..pejam celik..da nk abes da rpenye sem 2..tnpe disedari ak da nk masok sem 3 da..da jd senior kt u kot..haha..ak pn da smakin mningkat dewase..tp umo mude lg..hehehe..da boleh kawen da kot..hahahaha..hmmm..cepatnye mse berlalu..nampak dah tnde2 akhir zaman..takotnye...


So ble da nk abes sem mcm bese la kn..mst la ad final exam..emm..subjek lain insyaAllah boleh buat..cume 1 subjek je yg ak tkot skrg ni..cm bese la kn..subjek ap lg lau bkn "STATICS"..adoi laa..ap2 pn tolong doakn ak boleh perform yg terbaek er final sem ni..cuak kot..lau "STATICS" x dpt A, lulus pn jd la..tu pn ak da bersyukur sgt2..mne taknye, lau x pass "STATICS" sem depan xley amek 2 subjek kot..adoi..harap ak dpat wt yg terbaek utk final kli ni..insyaAllah..doa drpd korg sgt2 membntu..thanx yep..good luck kpd sume yg sedang menghadapi peperiksaan..=)

WISH YOU
GOOD LUCK
&
ALL
THE
BEST!!!!!

Doa Jatuh Cinta..=)

Assalamualaikum..wahh da lme x update blog..rndu plak rsenye..hehehe..
Kali ni ak nk kongsi ckit doa ngan korg iaitu doa jatuh cinta..


P/S: Semoga doa ini bermanfaat untuk anda yang sudah rindu pendamping Hidup..:D
            Jangan lupa selalu memohon kepada Allah SWT..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu
Ya Hafiizh..,jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Mujiibu..! 
Jika aku jatuh hati, izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam JURANG CINTA 
Ya Baarii…,
jika aku jatuh
hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu….
Ya Jaami’u…,
jika aku rindu, rindukanlah pada seseorang yang merindui
syahid di jalanMu…
Ya Khobiiru…, 
jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu…
Ya Wahhaabu…,
Jika aku menikmati cinta kekasih Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…
Ya Aziizu…, 
jika aku jatuh hati pada kekasih Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke
pada Mu….
Ya Haadiy…, 
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampai batas, sehingga melupakan aku pada cinta-
hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…
Ya ‘Aliimu…,
 Engkau mengetahui bahwa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, dan telah terpadu dalam membela syariatMu, penuhilah hati-hati ini dengan nurMu,
yang tidak pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan…
Aamiiin yaa rabbal ‘aalamiin.